Sunday, 29 May 2011

Lelaki suka dan tak suka :D

Lelaki suka:

* Sikap kelakar


* Budi pekerti dan kesopanan

* Murah hati

* Senyuman manja

* Pandai memasak

* Pandai dalam mengenakan pakaian

* Penampilan/imej yang sesuai dengan citarasanya

* Tak mudah naik angin

* Seorang wanita yang sanggup meminjamkan keretanya pada lelaki bila kereta laki tersebut rosak

* Tak terlalu seksi dalam berpakaian

* “Tak apalah, tadi U dah belanja I makan, jadi sekarang biar I belanja tiket wayang”

* Wanita yang dapat menjalin hubungan rapat dengan ibu atau keluarganya

* Berwawasan atau bercita-cita tinggi

* Mempunyai keyakinan diri yang tinggi

* Tahu menjaga maruah diri. Bersemangat dan tak mudah mengalah dalam situasi yang tertekan.

* Sentiasa berada di sisinya saat duka dan gembira

* Tak berleter walau terpaksa menghantar lelaki ke lapangan terbang pada 2 pagi

* Sediakan secawan teh atau kopi tanpa disuruh oleh lelaki

* Wanita yang mengambil berat tentang lelaki

* Sikap keibuan

* Sukakan kanak-kanak

* Suara lembut tanpa dibuat-buat

* Pandai membawa diri. Tak kekok dibawa ke mana pun

* Boleh dibawa berbincang dan memberi pendapat

* Memberi sokongan moral dalam apa jua usaha yang dilakukan lelaki

* Tak memperkecilkan kelemahan lelaki sebaliknya menerima seadanya diri lelaki tersebut

* Tahu bersyukur

* Pandai berjimat-cermat

* Tak mengharapkan lelaki dalam semua hal



Lelaki Tak Suka:

* Wanita yang suka mengumpat

* Sombong dan bongkak

* Menunjukkan sikap yang terlalu memiliki

* Hisap rokok

* “Kau ni macam orang tiga suku!” Mengutuklah tu…

* Wanita yang melayan lelaki seperti alas kaki

* Wanita yang suka menunjuk-nunjuk untuk dapatkan perhatian

* “Tak bolehkah U lakukan sesuatu yang betul!”

* “Jangan cuba beritahu I apa yg patut I lakukan dan yang tak patut I lakukan..”

* Wanita yang hipokrit

* Pembohong dan suka mencari alasan

* Terlalu ingin mengetahui hal peribadi si lelaki

* Sukar buat keputusan terutamanya hal berkenaan hubungan mereka

* Kurang sifat kasih sayang walaupun terhadap binatang

* Pengotor dan pemalas

* Tak bertanggungjawab langsung

* Tak pandai mengemas

* Terlalu bebas dan kuat bersosial hingga tiada batasan pergaulan

* Kuat berleter walau hal remeh temeh

* Boros berbelanja

* Tak tahu memasak

* Sikap manja yang terlalu menyakitkan hati

* “Queen Control” atau suka mengarah-arah

* Tak pandai bergaya atau selekeh

* Suka bermekap tebal sehingga hilang keayuan asli

* Suka mengungkit-ungkit hal-hal lalu

* Panas baran

* Kuat merajuk dan sukar dipujuk

* Terlalu pendiam sehingga susah untuk berkomunikasi

* Tak mahu mengakui kesilapan dan ego.


Jika anda ada kesemua ciri2 tersebut pastinya anda layak segera layak menjadi seorang isteri sejati.

Salam Ukhuwah..~

Monday, 14 March 2011

Hidup Mesti Mengembara

Pakai baju butang suasa,
Membuatkan badan nampak perkasa,
Makanlah puas-puas nanti dah nak puasa,
Selamat menyambut hari Selasa.

Buah delima buah kurma,
Assalamualaikum pada semua.
cuti mid sem aku bermula dengan percutian yang menyeronokkan bersama teman2 coursemate aku~dari MIAT ke alor star,kuala nerang,arau,hatyai,banding dan destinasi terakhir balik kampung kelantan..
tiba di hatyai,banyak dugaan menimpa..hehee..biasa lah,sampai tempat orang xpandai nk mengembek lagi..nasib baek laa jumpe kawan baru..ni laa teman baru kami bila sampai di hatyai..gps versi lama :)
pandu arah kami..
jalan kecil ke lorong besar tapi...."sory boss,full room.." aduyaii..banyak hotel survey tp semuanya penuh,tp naseb baek laa ada ladda guest house..kalau x,kompem merempat tido kaki lima semuanya..terima kasih ladda guest house kerana bg layanan yang terbaek..bilik murah dan selesa untuk 5 orang satu bilik..price 450koth satu bilik..best..best...!!
nightlife at hatyai..my coursemate

Sunday, 6 March 2011

YESSssterday

Yesterday,all my troubles seemed so far away..
now it looks as though they're here to stay..
ouuh,i believe in yesterday.
suddenly,i'm not half to man i used to be,
there's a shadow hanging over me.

ouhh,yesterday came suddenly....
why she had to go i dont know she wouldn't say..
i said something wrong, now i long for yesterday.
yesterday, love was such an easy game to play..
now i need a place to hide away..

Mmm mm mmmm~~

Wednesday, 23 February 2011

Ingat Pesan Ibu

salam semua dan selamat malam..dh pagi pun..huu..hari yang berlalu begitu pantas tanpa kita sedari..tahun ni ku dah sem 3..ape dh jadi dengan result sem 2? ..ummmm... lu pikir laa sediri katanya nabil.. sejak seminggu ni banyak aku fikirkan nasib hidupku ni.. aduuu yaii...ape laa nk jd nanti yaa.. tido selalu lewat.. kalau la tido lewat sebabkan study ok laa jugak..tapi banyak habiskan masa dengan "agenda dunia" yang tak pernah habis.. sem ni aku dah nekad nak kurangkan agenda2 yang "MELARA" kan masa aku seperti ape yg dh jadi sem lepas.. facebook aku telah diactivate..YEAH..! ni juga satu pencapaian yang agak memberangsangkan bagi aku.. hehee.. aku dh xlg selalu menghadap kitab ASUS 24jam..kecuali mase2 tertentu laa bila nk study...macam rajin jerr...errrr! aku mesti rajin..jangan malas! hahaa..4 flat ya! ..yang penting semangat tu kena ada.. :)

aku masih ingat pesan ibuku sewaktu aku didaftarkan di UniKL MIAT,dia berpesan.."abg e,jangan banyak main yaa bila dah dapat belajar kt sini..belajar rajin2..ingat tujuan utama ke sini untuk ape.." lantas ku menjawab "ye ibu,i'Allah".. lantas dia berpesan lagi, kurang2 kan lah dengan "gewe" tu..dapat kan kerja bagus dulu..bukan nye dapat "gewe" bagus.. ku hanya mampu tersenyum.. cheese~~
aku sayang ibu..setiap kali balik cuti mesti benda yang sama dipesankan.. walaupun aku ada teman special,aku rasa sekarang tidak lagi penting bagi ku seperti mana yg selalu ibuku pesan.. perjalan hidup kita masih jauh..jangan laa kita mengharapkan sesuatu yang belum pasti..bila difikirkan balik,banyak betulnya.. ape kata anda? umm.. bila bercinta ni macam2 boleh jadi.. ape yang jadi nya,lu pk laa sediri yerr.. aku sebenarnye dah ngantok..banyak lg nk cerita tp mata x mengizinkan..esok kelas pagi lak..patut laa mata ku nk tido.. yelah,pe yang ku nk share dgn korang supaya jangan derhaka dan sayangilah ibu kita selagi dia masih ada dan ingatlah kalian setiap kata2 yang keluar dari mulut ibu kita merupakan satu doa buat kita.. aminnn..sekian saja cerita ku buat malam ni... nyte..tido dulu yerr